Thursday, 15 August 2013

KESESATAN AQIDAH SYIAH [PART 10]

KESESATAN AQIDAH SYIAH [PART 10] (Sebarkan..!! tak perlu minta izin share)

10.0 Pandangan Syiah Terhadap Ahlul Sunnah wal Jamaah

Sejak daripada zaman Abu Bakar, kebencian para syiah imamiyyah ini terhadap para sahabat sudah wujud, kerana kekalahan mereka (tentera Parsi) oleh tentera Islam. Mereka menyimpan dendam yang amat dalam. Dengan wujudnya provokasi oleh munafiq Abdullah bin Saba’, makin lantanglah mereka membenci para sahabat, ditambah lagi dengan pembunuhan Khalifah Umar.

Sebagai info, “Nasibi” ialah gelaran yang diberikan oleh Syiah kepada orang yang tidak beriman kepada imam-imam Ahlul Bait sebagaimana pegangan mereka. Golongan yang dimaksudkan di sini ialah Ahlul Sunnah wal Jamaah.

10.1 Golongan Selain Syiah Adalah Hasil Anak Pelacur

Baqir al-Majlisi dan al-Kulaini meriwayatkan: “Imam al-Baqir berkata: "Demi Allah wahai Abu Hamzah, sesungguhnya manusia itu, kesemuanya anak pelacur melainkan Syiah kita."

[rujuk kitab syiah: Bihar al-Anwaar, jilid 24, hlm. 311; dan ar-Raudhah min al-Kafi, hadis nombor 431]

10.2 Golongan Selain Syiah Adalah Kafir, Najis, Lebih Jahat Dari Yahudi, Nasrani, dan Majusi

Ni`matullah al-Jazairi menulis dalam kitabnya:
“Penjelasan tentang al-Nasibi dan keadaannya dapat dijelaskan dengan dua perkara berikut: Pertama, maksud al-nasibi mengikut dalam hadis-hadis adalah najis, dia lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi malah dia adalah kafir, najis mengikut ijmak ulama Imamiyyah.”

[rujuk kitab syiah: al-Anwar al-Nu`maniyyah jilid 2, hlm. 306]

Khomeini menulis: "Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij tanpa ragu-ragu adalah najis."

[rujuk kitab Khomeini: Tahrir al-Wasilah, jilid 1, hlm. 118]

10.3 Selain Syiah Adalah Lebih Hina Dari Anjing

Baqir al-Majlisi menulis: “Mereka (Nasibi atau ahli Sunnah) lebih jelik dari anak zina, sesungguhnya Allah tidak mencipta binatang yang lebih hina dari anjing tetapi Nasibi adalah lebih hina daripadanya lagi.”

[rujuk kitab syiah: Haqqul Yaaqin, jilid 2, hlm. 536]

10.4 Harta Selain Syiah Halal Dirampas

Abu Ja`far al-Thusi meriwayatkan: “Daripada Abu Abdullah a.s. bahawa beliau berkata: Ambillah harta al-Nasibi di mana sahaja kamu temui dan berikan kepada kami satu perlimanya.”

[rujuk kitab syiah: Tahzib al-Ahkam, jilid 4, hlm. 122]

10.5 Halal Bunuh Selain Syiah Khususnya ASWJ

“Daripada Daud bin Farqad, katanya aku bertanya kepada Abu Abdullah: Apakah hukumnya membunuh al-Nasibi? Jawabnya: Halal darahnya, tetapi aku ingatkan engkau jika dapat hempapkan dinding atasnya atau engkau lemaskannya di dalam air maka lakukanlah supaya tidak dilihat oleh orang lain. Aku bertanya lagi: Apa pendapatmu tentang hartanya. Jawabnya: Binasakanlah apa sahaja yang engkau dapat lakukan.”

[rujuk kitab syiah: `Ilal al-Syara’i`, hlm. 601, cetakan Najaf]

Ni’matullah Al-Jaziri, seorang ulama besar Syiah menulis dalam kitabnya: “Harus membunuh mereka (Ahli Sunnah) dan harta-harta mereka adalah halal.”

[rujuk kitab syiah: Al-Anwar al-Nu`maniyyah, jilid 2, hlm. 307]

10.6 Amalan Yang Dilakukan ASWJ Adalah Sia-sia, Tidak Dapat Apa-apa, Tetap Ke Neraka

“Daripada Hannan daripada Abi Abdillah a.s. katanya: “Tidak memberi apa-apa erti (sama sahaja) seorang Nasibi itu sama ada ia bersembahyang atau berzina. Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar)”

[rujuk kitab syiah: ar-Raudhah min al-Kafi, jil. 8, hlm. 160-161]

Khomeini menulis: “Iman seorang Syiah tidak sempurna, kecuali setelah berbeza (menentang) dengan Ahli Sunnah...” sambungannya “...Apabila seorang Ahli sunnah bersemangat mengamalkan ibadah, maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan.”

[rujuk kitab Khomeini: Al-Hukumah Al-Islamiyah, hlm. 83]

10.7 Yang Tidak Percaya Pada Imamah / Al-Wilayah (rujuk part 6) = Kafir Kekal Dalam Neraka

Al-Majlisi menukilkan bahawa: “Syiah Imamiyyah sepakat tentang orang yang mengingkari imamah salah seorang imam dan membantah ketaatan yang diwajibkan Allah kepadanya (taat kepada imam), orang itu sebagai kafir sesat yang selayaknya kekal di dalam neraka.”

[rujuk kitab syiah: Bihar al-Anwaar, jilid 23, hlm. 391]

10.8 Tolak Imamah Saidina Ali, Dikira Menolak Kenabian Semua Para Nabi

Ibnu Babawayh al-Qummi menyebutkan: “Kepercayaan kita berhubung dengan orang yang mengingkari imamah Amirul Mukminin Ali as (kepercayaan bahawa Ali sepatutnya jadi khalifah selepas Nabi wafat) dan para imam sesudahnya seperti orang yang mengingkari semua Nabi. Dan kepercayaan kita tentang orang yang mengingkari salah seorang imam selepasnya seperti orang yang mengakui kesemua Nabi tetapi mengingkari kenabian Rasulullah saw dan keluarganya”

[rujuk kitab syiah: Risalah al-I’tiqadat, hlm. 103]

10.9 Tidak Mensolatkan Jenazah Selain Syiah

Berkata Majlisi: “Tidak mensolatkan mayat musuh kita bukan kerana dia Jabariyah, Ahli Sunnah, Muktazilah atau Khawarij, tetapi adalah kerana tidak mengakui keimamam Saidina Ali. Jika terpaksa mensolatkan maka solatlah dengan bertaqiyyah agar dapat melaknatnya di takbir yang keempat”

[rujuk kitab syiah: Mir’atul Uqul, juz 4, hlm. 72-73]

10.10 Penutup

Adakah masih nak berlembut dengan syiah? Adakah masih nak berusaha untuk menyatukan sunni dan syiah? Silap-silap kita yang akan ditikam belakang nanti. Ketahuilah..!! Sunni amatlah dibenci oleh syiah, di dalam hati mereka begitu membenci seluruh ASWJ. Prof Dr Syeikh Yusuf Al-Qardhawi yang sebelum ini cuba menyatukan sunni dan syiah pun, telah berputus asa dan memfatwakan syiah di Syria dan republik Iran, sebagai musuh kita ketika berucap di Doha, Qatar, Jumaat 31 Mei 2013.

Part 9: Aqidah Khomeini (klik previous photo)
Part 11: Taqiyyah (klik next photo)

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment